Jumaat, 15 April 2011

Pertandingan Merentas Desa peringkat Sekolah

0 ulasan
04 MAc 2011- Sempena kejohanan Sukan Tahunan sekolah yang akan diadakan pada akhir bulan Mac, sekolah telah mengadakan pertandingan merentas desa antara rumah-rumah sukan. Sebelum pertandingan dimulakan, semua peserta termasuk guru-guru melakukan senamrobik terlebih dahulu. Selepas itu, peserta tahap 1 dilepaskan dahulu dan setelah semua peserta sampai ke garisan penamat, peserta-peserta tahap 2 pula dilepaskan. Pertandingan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan mendapat kerjasama yang baik dari semua warga SKLK dan juga pihak polis Lembah Klau.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2011

0 ulasan
Pada 25 Februari 2011 bersamaan hari jumaat, sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti bacaan Yasin, perarakan berserta selawat secara beramai-ramai, pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Menulis dan Membaca Teks jawi bagi yang bukan beragama Islam bagi tahap 2. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai hari-hari kebesaran Islam, mencungkil bakat terpendam murid dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta menggalakkan murid-murid bergerak aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti sekolah.

SAMBUTAN MAJLIS PERSARAAN, PERPISAHAN DAN MERAIKAN GURU BARU

0 ulasan
Pada 23 Februari 2011, sekolah telah mengadakan satu majlis sempena persaraan seorang kakitangan sekolah, perpindahan 5 orang guru serta kemasukan 7 orang guru baru ke SKLK. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah serta pelbagai persembahan yang menarik dari murid-murid. Sekolah mengucapkan selamat tinggal dan jutaan terima kasih kepada Pn. Salabiah atas segala usaha yang dilakukan untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah sepanjang tempoh berkhidmatnya dan selamat memulakan tugas baru di tempat yang baru kepada En. Nik Mohd Rosli, En. Asraf, Pn.Siti Fatimah, Pn. Norhafizah dan En. Zamzuri. Jasa anda semua akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SKLK. TERIMA KASIH kami ucapkan. Dan kepada semua guru-guru baru, En. Mohd Azman, En. Mohd 'Amru, Pn. Siti Aminah, Pn. Nurfaliza, Pn. Norhasniza, Pn. Nor Aziema dan Cik Nursyazni, kami mengucapkan SELAMAT DATANG ke SKLK. Semoga dengan kehadiran guru-guru baru ini akan dapat membantu menambahkan lagi kecemerlangan murid-murid di SKLK.
Related Posts with Thumbnails