Jumaat, 15 April 2011

Pertandingan Merentas Desa peringkat Sekolah

0 ulasan
04 MAc 2011- Sempena kejohanan Sukan Tahunan sekolah yang akan diadakan pada akhir bulan Mac, sekolah telah mengadakan pertandingan merentas desa antara rumah-rumah sukan. Sebelum pertandingan dimulakan, semua peserta termasuk guru-guru melakukan senamrobik terlebih dahulu. Selepas itu, peserta tahap 1 dilepaskan dahulu dan setelah semua peserta sampai ke garisan penamat, peserta-peserta tahap 2 pula dilepaskan. Pertandingan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan mendapat kerjasama yang baik dari semua warga SKLK dan juga pihak polis Lembah Klau.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2011

0 ulasan
Pada 25 Februari 2011 bersamaan hari jumaat, sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti bacaan Yasin, perarakan berserta selawat secara beramai-ramai, pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Menulis dan Membaca Teks jawi bagi yang bukan beragama Islam bagi tahap 2. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai hari-hari kebesaran Islam, mencungkil bakat terpendam murid dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta menggalakkan murid-murid bergerak aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti sekolah.

SAMBUTAN MAJLIS PERSARAAN, PERPISAHAN DAN MERAIKAN GURU BARU

0 ulasan
Pada 23 Februari 2011, sekolah telah mengadakan satu majlis sempena persaraan seorang kakitangan sekolah, perpindahan 5 orang guru serta kemasukan 7 orang guru baru ke SKLK. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah serta pelbagai persembahan yang menarik dari murid-murid. Sekolah mengucapkan selamat tinggal dan jutaan terima kasih kepada Pn. Salabiah atas segala usaha yang dilakukan untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah sepanjang tempoh berkhidmatnya dan selamat memulakan tugas baru di tempat yang baru kepada En. Nik Mohd Rosli, En. Asraf, Pn.Siti Fatimah, Pn. Norhafizah dan En. Zamzuri. Jasa anda semua akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SKLK. TERIMA KASIH kami ucapkan. Dan kepada semua guru-guru baru, En. Mohd Azman, En. Mohd 'Amru, Pn. Siti Aminah, Pn. Nurfaliza, Pn. Norhasniza, Pn. Nor Aziema dan Cik Nursyazni, kami mengucapkan SELAMAT DATANG ke SKLK. Semoga dengan kehadiran guru-guru baru ini akan dapat membantu menambahkan lagi kecemerlangan murid-murid di SKLK.

Rabu, 22 Disember 2010

Pengumuman terbaru

0 ulasan
Untuk Makluman semua ibu bapa dan penjaga, Hari Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 akan diadakan pada 31 Disember 2010 hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi.

Khamis, 9 Disember 2010

Pemberitahuan Terkini

0 ulasan
Kepada semua ibubapa murid Sekolah Kebangsaan Felda Lembah Klau. Disini terdapat pengumuman penting. Diharap dapat memberi perhatian dan tindakan agar tidak terlepas untuk membeli buku anak-anak bagi sesi persekolahan 2011.

Kedai buku mula dibuka seperti berikut:-

Tarikh: 20/12/2010 (Isnin)
Tempat: Koperasi SKLK



Selamat Kembali ke Sekolah!!!!!!!!!!

Selasa, 23 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

0 ulasan
16/11/2010- Sekolah telah mengadakan "Hari Anugerah Kecemerlangan" untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Disamping itu juga dapat menaikkan semangat murid-murid untuk terus memajukan diri dalam bidang akademik dan juga kokurikulum di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima hadiah tidak lupa juga kepada yang tidak mendapat hadiah agar terus berusaha pada tahun akan datang. Selamat berjumpa di tahun 2011..Terima Kasih!!!!!!









SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SKLK!!!!!

Khamis, 11 November 2010

Keputusan UPSR 2010

0 ulasan
Khamis, 11/11/2010 - Merupakan hari bersejarah bagi SKLK kerana diadakan majlis penyampaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada murid - murid didalam dewan sekolah. Murid - murid diberitahu jumlah peratus yang telah dicapai pada tahun ini berbanding tahun lepas. Terdapat sedikit peningkatan peratus pada tahun ini yang mana meningkat 3-4% berbanding keputusan pada tahun lepas. Tahniah!!!! kepada 2 orang murid yang memperoleh 5A manakala 4 orang lagi memperoleh 4A. Tetapi terdapat juga segelintir murid yang gagal iaitu seramai 10 orang. Semoga murid - murid dan guru - guru UPSR tahun 2011 dapat menggiatkan lagi usaha untuk mencapai kecemerlangan sekaligus boleh meningkatkan lagi peratus sekolah yang sedia ada.

Guru Besar serta YDP PIBG menyerahkan keputusan UPSR kepada pelajar

En. Ahmad Zulkifli salah seorang guru yang mengajar murid tahun 6



Pelajar yang mendapat 5A UPSR 2010



Pelajar yang mendapat 4A UPSR 2010


Seramai 6 orang pelajar cemerlang UPSR 2010


Semua calon UPSR 2010


Gelagat calon UPSR semasa didalam dewan
Related Posts with Thumbnails