Rabu, 22 Disember 2010
Khamis, 9 Disember 2010
Pemberitahuan Terkini
Kepada semua ibubapa murid Sekolah Kebangsaan Felda Lembah Klau. Disini terdapat pengumuman penting. Diharap dapat memberi perhatian dan tindakan agar tidak terlepas untuk membeli buku anak-anak bagi sesi persekolahan 2011.
Kedai buku mula dibuka seperti berikut:-
Tarikh: 20/12/2010 (Isnin)
Tempat: Koperasi SKLK
Selamat Kembali ke Sekolah!!!!!!!!!!
Kedai buku mula dibuka seperti berikut:-
Tarikh: 20/12/2010 (Isnin)
Tempat: Koperasi SKLK
Selamat Kembali ke Sekolah!!!!!!!!!!
Selasa, 23 November 2010
Hari Anugerah Kecemerlangan 2010
16/11/2010- Sekolah telah mengadakan "Hari Anugerah Kecemerlangan" untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Disamping itu juga dapat menaikkan semangat murid-murid untuk terus memajukan diri dalam bidang akademik dan juga kokurikulum di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima hadiah tidak lupa juga kepada yang tidak mendapat hadiah agar terus berusaha pada tahun akan datang. Selamat berjumpa di tahun 2011..Terima Kasih!!!!!!
Khamis, 11 November 2010
Keputusan UPSR 2010
Khamis, 11/11/2010 - Merupakan hari bersejarah bagi SKLK kerana diadakan majlis penyampaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada murid - murid didalam dewan sekolah. Murid - murid diberitahu jumlah peratus yang telah dicapai pada tahun ini berbanding tahun lepas. Terdapat sedikit peningkatan peratus pada tahun ini yang mana meningkat 3-4% berbanding keputusan pada tahun lepas. Tahniah!!!! kepada 2 orang murid yang memperoleh 5A manakala 4 orang lagi memperoleh 4A. Tetapi terdapat juga segelintir murid yang gagal iaitu seramai 10 orang. Semoga murid - murid dan guru - guru UPSR tahun 2011 dapat menggiatkan lagi usaha untuk mencapai kecemerlangan sekaligus boleh meningkatkan lagi peratus sekolah yang sedia ada.
Guru Besar serta YDP PIBG menyerahkan keputusan UPSR kepada pelajar
Pelajar yang mendapat 4A UPSR 2010
Seramai 6 orang pelajar cemerlang UPSR 2010
Semua calon UPSR 2010
Gelagat calon UPSR semasa didalam dewan
Rabu, 27 Oktober 2010
Family Day SKLK 2010
24-25/10/2010- GURU & KAKITANGAN SEKOLAH TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN "FAMILY DAY" KE PORT DICKSON. TEMPAT PENGINAPAN IALAH DI APARTMENT MAYANG SARI. TERDAPAT BEBERAPA AKTIVITI YANG DIJALANKAN DISAMPING DAPAT MEREHATKAN MINDA. TUJUAN DIADAKAN "FAMILY DAY" INI IALAH UNTUK MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN DIANTARA GURU & KAKITANGAN SEKOLAH SERTA DAPAT MENGENALI AHLI KELUARGA SETIAP GURU & KAKITANGAN SEKOLAH. SEMOGA MENJADI KENANGAN YANG INDAH BAGI SEMUA GURU & KAKITANGAN SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM INI...
APARTMENT MAYANG SARI
Selasa, 19 Oktober 2010
PERKHEMAHAN 2010
AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH TELAH DIADAKAN PADA 15-17/10/2010. IANYA BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT BERPASUKAN DIANTARA MURID-MURID. TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPERTI PERTANDINGAN MELUKIS LOGO KUMPULAN, MEMASAK, SUKANEKA, BURUNG HANTU DAN SEBAGAINYA. IA JUGA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT JATI DIRI MURID-MURID. DIHAPARKAN AGAR SEMUA MURID YANG MENYERTAI PERKHEMAHAN INI AKAN MENJADI LEBIH KUAT DAN CERGAS.
3.00 PETANG - PENDAFTARAN MURID-MURID UNTUK PERKHEMAHAN
AGENDA MEMOTONG BAHAN MASAKAN PADA PETANG HARI KE-2 PERKHEMAHAN
Langgan:
Catatan (Atom)